Kelas Belajar Al-Quran Untuk Dewasa
Biar team NakPandaiMengaji bantu anda belajar mengaji Al-Quran
Assalamualaikum w.b.t.
Selamat datang saya ucapkan kepada anda. Alhamdulillah, jika anda mencari kelas untuk mempelajari Al-Quran, saya yakin bahawa Allah SWT telah membuka pintu hidayah kepada anda untuk masuk ke dalam laman web ini.
Tahniah dan syabas kepada anda! Ini kerana anda berazam untuk mendekatkan diri pada Al-Quran. Banyak kelebihan pada mereka yang mempelajari dan membaca Al-Quran.
Kami memahami masalah anda
Kami sedar ramai ada masalah seperti:
- Tidak Tahu membaca Al-Quran
- Tidak ada masa untuk belajar kerana sibuk menguruskan rumah tangga
- Malu untuk pergi belajar kerana faktor usia
- Sudah cuba untuk belajar tetapi masih tidak dapat menguasai Al-Quran
- Ingin memperbetulkan bacaan Al-Quran
- Masih tergagap untuk membaca Al-Quran
Penyelesaian pada masalah anda..
Saya Berikan 10 Penyelesaian Kepada Masalah Anda. Sertai kelas kaedah Al-Baghdadi untuk menikmati 10 kelebihan ini:
- Pengajar al-Quran yang professional dan mesra
- Pembelajaran mengikut tahap dan modul. Dari 0 hinggalah tahap boleh membaca
- Kelas diluar waktu bekerja
- Kelas seminggu sekali sahaja
- Kelas yang selesa dan lengkap dengan peralatan pembelajaran
- Menjadi Ahli Kelab Al-Baghdadi secara automatik dan mendapat faedah sebagai ahli
- Pembelajaran secara berkumpulan. Ustaz atau ustazah tak tanya soalan kepada individu
- Pembelajaran secara santai dan praktikal.
- Kemudahan group Whatsapp untuk tujuan pembelajaran dan soalan kepada ustaz.
- Modul yang ekslusif diberikan kepada peserta.
Apa itu Kaedah Al-Baghdadi?
JOM TONTON VIDEO KAMI !
Teknik Al-Baghdadi adalah satu lagi teknik baru yang diolah bagi memudahkan setiap lapisan masyarakat mempelajari ASAS al-Quran. Set Buku Teknik Al-Baghdadi menggunakan sistem Struktur, Analisa & Sintesis atau SAS, padat dan ringkas serta kreatif melalui penemuan Alat Bantuan Mengajar atau ABM yang dinamakan sebagai ALAT KETUK. Alat Ketuk ini dipercayai boleh menarik minat anak-anak amnya untuk belajar Al-Quran dengan cara yang lebih menyeronokkan serta merangsang kreativiti.
InsyaAllah..
Perjalanan anda bermula dari sini
Apabila mencari ilmu dengan menghadiri kelas belajar mengaji Al Quran, kenapa mesti malu? Kami di Al Baghdadi Bandar Tasik Kesuma faham, anda mahu memperbaiki bacaan Al Quran. Cuma bimbang akan berfikiran “Aku ni dah tua-tua pun tak pandai baca Quran.. Aku malu”. Jika hati anda pernah terdetik sebegitu, izinkan kami bantu dengan modul kami ini..
KELAS ASAS
- Mengenal 29 huruf hijaiyyah dengan baik.
- Kenal & Membaca tanda baris asas bacaan iaitu Fathah, Kasrah dan Dhommah
- Kenal & Faham Bacaan panjang atau Mad.
- Kenal & Faham Tanda bacaan mati atau Sukun,Tanwin, Sabdu
KELAS TAJWID
- Asas hukum tajwid secara ringkas dan mudah.
- Pengenalan & penguasaan kepada Asas Kemahiran TAJWID iaitu cara sebutan MAKHRAJ HURUF yang TEPAT (tempat keluar bunyi huruf) dan cara bacaan sebenar Rasm Uthmani.
KELAS TALAQQI
- Pemantapan bacaan Al-Quran & Kemahiran Tajwid.
- Berlangsung secara berdepan dengan guru dan berkumpulan.
- Ustaz baca, pelajar ikut baca ramai-ramai.
KELAS ONE TO ONE
- Kelas one to one atau dikenali sebagai bimbingan mengaji individu untuk anda yang mahu lebih privacy.
- Boleh fokus dan tanya terus soalan kepada ustaz.
Terima kasih kerana telah membaca sampai ke bahagian ini. Jelas ini menunjukkan anda benar-benar berminat untuk mendapatkan khimat kami.
Tahniah! Lihatlah kelebihan mereka yang membaca Al-Quran:
Kelebihan mereka yang membaca Al-Quran
- Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran
- Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.
- Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya
- Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat.
- Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.
Setiap kelebihan diatas mempunyai nas-nas yang sahih.
Namun kami faham ramai yang masih menghadapi masalah untuk belajar Al-Quran.
Sertai Kelas Kami Sekarang!
Alhamdulillah, sudah ramai peserta yang sudah boleh membaca Al-Quran dengan kaedah Al-Baghdadi ini.
Anda juga boleh! Jom mulakan perjalanan anda disini.. kami sedia membantu. InsyaAllah pembelajaran akan menjadi lebih mudah.
Lokasi Kelas
Premis
39-1 Jalan Kesuma 3/1 Bandar Tasik Kesuma 43700 beranang Selangor Beranang.
Mengaji Online
Senarai kelas online:
KJK2021
Program Bimbingan Amalan Harian, Al-Quran dan Fardhu Ain online di Facebook (KJK2021).
🌟PERCUMA MODUL PEMBELAJARAN!!🌟
🌟YURAN BULANAN RM20.00 SHJ!!🌟
PENGISIAN PROGRAM SETIAP HARI: 🔽
▶️ ASMA AL HUSNA
▶️ JOM MANTAP ASAS (JOMAS)
▶️ FARDHU AIN MANTOP (FAM) – KITAB SAFINATUN NAJA
▶️ MENGAJI PELAN-PELAN
▶️ AL MULK
KELAS BIMBINGAN PREMIUM
Rasa risau dan sedih sebab masih lemah dalam asas bacaan Al-Quran ? KELAS MENGAJI SECARA ONLINE
✅ MENGGUNAKAN APLIKASI GOOGLE MEET
✅ KELAS SEMINGGU SEKALI
✅ YURAN BULANAN RM60.00 SHJ
✅ SILIBUS YANG MUDAH FAHAM
✅ SUASANA PEMBELAJARAN YANG SANTAI
Kelas Mengaji Terus Online (KMT)
KELAS TALAQQI AL QURAN BERSAMA GURU
✅ BERMULA DARI SURAH AL FATIHAH
✅ KELAS SEMINGGU SEKALI SHJ
✅ GURU YANG BERPENGALAMAN
✅ YURAN BULANAN RM100.00 SHJ
✅ MENGGUNAKAN APLIKASI GOOGLE MEET
✅ FOKUS UNTUK KHATAM
Pertanyaan & Soalan Lazim
Insyaallah. Semoga anda boleh membaca Al-Quran. Kelas ini tidak menjaminkan anda, namun pihak kami telah menyediakan modul-modul yang sebaiknya untuk anda. Proses pembelajaran mestilah diulang selalu jika ingin mendapatkan kesan yang pantas.
Tempoh Pembelajaran Al-Quran Mengikut Tahap. Kita mempunyai 3 tahap pembelajaran. ASAS (3-5 Bulan) . Tajwid (3 bulan) dan Talaqqi (Khatam 30 Juzuk). Jika anda seorang yang cepat belajar, dalam tempoh 6 bulan Pembelajaran insyaallah boleh membaca Al-Quran dengan Baik.
Tidak Perlu. Kami telah sediakan modul lengkap apabila tuan/puan mendaftar. Anda cuma perlu bawa Al-Quran Semasa Kelas ditahap Talaqqi. Untuk kelas online kami akan poskan modul jika perlu.
Ya. Pusat pembelajaran ini disokong oleh JAKIM dan Mufti2 seluruh Malaysia. Pusat pembelajaran ini juga mendapat 4 malaysia books of records untuk kaedah pembelajaranya.
Insyaallah Pengambilan akan dibuka setiap bulan. Kebiasannya kelas akan bermula pada setiap awal dan hujung bulan. Namun tarikh yang tetap akan di maklum kan apabila anda mendaftar.. Tarikh berubah mengikut kesesuaian bulan tersebut. Sila daftar dahulu. Insyaallah kami akan membantu anda..Pihak Pengurusan akan memaklumkan kepada anda tarikh sebenar nanti.
